Hi, Assalamualaikum nama saya Nursyuhadah, kawan-kawan saya panggil saya 'syu' dan ada juga yang panggil saya as 'syusyu'. Jadi saya ingin menceritakan serba sedikit pengalaman dan cabaran sebagai student Diploma in Digital Technology (IT) . Saya masih belajar dalam bidang ini..dan bidang ni mempunyai 6 semester (termasuk intern) kerana saya belajar dekat Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA). Mungkin sesetengah dari korang pernah dengar nama institusi tu, bagi yang tak pernah dengar korang boleh Google dekat mana ya.. hehehhehe.
Okay, berbalik kepada topik kita.. Btw kan ramai nanti di antara kawan-kawan rapat korang ke sesiapa la kan.. akan cakap yang institusi Politeknik ni tak bertaraf tinggi macam UM.. Okay fine, I admit that.. BUT korang kene tahu tau, kebolehpasaran student poli ni lebih tinggi berbanding Universiti yang lain. Maksudnya korang lagi senang nak dapat kerja.. Yelah, kita study ni untuk peringkat seterusnya kan?? iaitu bekerja...jadi STOP dengar apa yang orang cakap. Do what you think it's right. hehehehehe. Tapi korang kene juga ada usaha nak belajar kalau tak, tak jadi apalahh.
Bagi saya, dalam apa-apa bidang pun pasti ada cabarannya dan setiap bidang ada kesusahannya sendiri. Jadi jangan la korang downgrade kan mereka yang mengambil course yang tak popular sekalipun, as long as mereka atau korang sendiri ada usaha untuk belajar ubah nasib diri.. korang semua memang TERBAIKK. Saya salute orang yang macam tu.
Cabaran bagi student IT ni kan, first sekali saya..dah la time sekolah menengah ambil bidang sains tulen dengan subjek tambahan art..kononnya nak ambil aliran art la lepas SPM.. hhmm tapi rezeki kat tempat lain. Which is I got an IT course. First-first dapat course tu memang down weyhh..saya dah la, tak minat langsung benda IT. Macam mana la nak survive. Ya bukan senang ya nak survive dalam bidang yang korang tak familiar langsung. Tapi saya ambil bend tu as cabaran aku.. aku cakap dalam diri aku "I will fight".
Jadi pada first kuliah aku macam terkebil-kebil plus banyak saingan dalam class saya tu. Tapi saya just fokus apa yang lecturer ajar dekat depan, btw saya siap rekod suara lecturer tu, so nanti nak study ,saya just review dengan mendengar balik ayat-ayat lecturer tu. Satu lagi time sem 1 , saya serious struggle gilerr, balik class duduk bilik study, malam study, sampai kawan-kawan saya cakap , yang saya ni macam robot kerja nak study je.. Tapi bagi saya itu je yang saya mampu buat. Yelah kita dah la tak familiar dengan benda-benda IT..kene la usaha tu lebih sikit. paling susah IT ni, sebab saya ambil major in programming , maybe sebab tu kot susah. Satu lagi yang susah bila kita kene bayang how the flow of process menghantar maklumat dari satu device ke device yang lain. Kiranya korang kene berimaginasi. Tapi so far alhamdulillah saya ada classmates yang boleh diharap untuk mengajar saya, dan saya pun mengajar dorang jugak. Because the best way to learn is to teach. Haaa, ingat ayat tu, sebab tu la korang yang ada dekat mana-mana bidang kalau nak faham apa yang lecturer korang ajar, korang kene mengajar balik..baru kita tahu sama ada kita faham ke tak apa yang lecturer ajar.
Another challenge is, korang kene konsisten. Kosisten apa? kosisten belajar, tak salah nak rehat, tapi jangan berhenti. Sebab kadang-kadang dalam IT ni memang complicated sikit nak lagi kalau belajar pasal machine langguage, belajar pasal system computer, databases ya betul complicated. Sampaikan saya rasa "kenapa wujudnya benda ni semua". Tapi macam saya cakap banyak kali efforts is your KEY to Success. Percayalah.. dan Alhamdulillah untuk sem 1 saya telah pun dapat gpa 4.00 dengan berkar ilmu yang lecturer saya bagi, berkan ilmu dari kawan-kawan, berkat usaha saya yang bagi saya tak heti-henti saya dapat 4flat untuk firts semester.
Itu sahaja yang saya ingin kongsikan dekat korang, Hope you guys will enjoy it, and ambilnya sebagai kehidupan seharian korang. InsyaAllah saya akan tulis blog lagi berkaitan IT. Tips and Tricks untuk korang semua yang sudi baca blog saya. Sekian Terima Kasih.😀
Comments
Post a Comment